Thursday, 18 August 2011

KENAPA MEMILIH IDEAL KIDS..

   Tenaga pengajar berlatarbelakangkan Pendidikan Awal Kanak Kanak
  Pengunaan teknologi yang sophistikated
  Aplikasi Program Penggayaan
  Program cepat belajar
  Perkhidmatan pengangkutan yang efisen
  Perkhimatan keselamatan, kesihatan dan perubatan diiktiraf 

KONSEP PEMBELAJARAN


   Konsep I.D.E.A.L yang merangkumi 4E ini akan dilaksanakan melalui Kecerdasan Pelbagai. Kecerdasan Teori Multiple Intelligence yang diutarakan oleh Howard Gardner. Konsep Kecerdasan Pelbagai merangkumi Linguistik, Logikal, Bodily (Kinesthetic), Visual  spatial, Muzik,  Interpersonal,  Intrapersonal dan Naturalist. 

Visi ( Tadika IDEAL)


“To produce the ideal generation who are knowledgeable, capable, well-bahaved, creative,  healthy and along with competent and  courageous  while  encountering challenge”.

Melahirkan warga yang unggul dari segi berilmu pengetahuan, bersikap saintis, berketrampilan, beradab sopan, kreatif, sihat serta berdaya saing dan cekal menghadapi cabaran.


Objektif


  •  Menguasai kemahiran melalui enam perkembangan iaitu Bahasa dan komunikasi, Kognitif, Kerohanian dan moral, Sosioemosi, Fizikal serta Kreativiti dan estetika
  • Melahirkan kanak-kanak yang unggul di mana mereka cekap berbahasa, berintelek, berkeyakinan, berdisplin, berakhlak mulia dan bersahsiah, sihat dan kreatif serta mempunyai bakat untuk memimpin.
  • Memberikan pendedahan awal tentang teknologi maklumat kepada kanak-kanak supaya mereka celik compute
  •  Memperkembangkan bakat serta kebolehan kanak-kanak melalui pendekatan pengajaran yang kreatif & inovatif serta bahan pembelajaran yang memberangsangkan otak. 
  • Mengambil kira keseronokan dan hiburan yang menggalakkan perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor kanak-kanak.
  • Mencungkil bakat kanak-kanak untuk lebih kreatif, imaginatif, ekpresif dan mahir dalam hand-on aktiviti.
  • Melatih kanak-kanak bertanggungjawab kepada sendiri dan juga prihatin kepada orang-orang di sekitarnya.
  • Memupuk akhlak yang mulia, bermoral tinggi dan beretika pada diri kanak-kanak.

Matlamat Tadika Ideal Kids


Pendidikan IDEAL KIDS bertujuan melahirkan generasi celik komputer selaras dengan ’revolving’ iaitu evolusi teknologi yang berputar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan ICT mampu memperkasakan lagi potensi individu secara holistik dalam melahirkan modal insan yang ideal, cemerlang, gemilang dan terbilang dari aspek akadamik dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Wednesday, 17 August 2011

FALSAFAH TADIKA IDEAL KIDS


      Falsafah Pendidikan Tadika Ideal Kids digubal bagi menjamin pengalaman pertama persekolahan  kanak-kanak adalah mengembirakan, secara tidak langsung ia dapat membina sikap kendiri yang positif yang meliputi pertumbuhan diri  dari aspek keyakinan, berdikari, berkemahiran sosial seterusnya dapat memperluaskan lagi minat dan sikap ingin tahu kanak-kanak. Usaha ini adalah bertujuan bagi melahirkan modal insan yang brilliant, berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketerampilan dan berjati diri yang unggul bersesuaian dengan konsep pendidikan di era digital ini.

Assalamualaikum...

Tadika Ideal Kids ini berusaha untuk memupuk perkembangan menyeluruh dan mengasuh peribadi kearah kesempurnaan dengan memberi tumpuan yang seimbang kepada perkembangan fizikal, intelektual, emosi dan sosial atau kerohanian. Pendekatan holistik ini menyumbang kepada proses normalisasi, dimana kanak-kanak dapat mencari keharmornian mereka dengan persekitaran melalui penggunaan anugerah semula jadi mereka dalam pembelajaran.
 

(c)2009 TADIKA IDEAL KIDS. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger